Malas


Assalamualaikum. :)


Cuba untuk menaip post yang random. Sebab idea macam beku. Jari pun kaku. Di saat tengah rajin menaip ni, idea yang datang hanyalah pasal malas.  See, I dan malas memang berpisah tiada. Kemalasan tuan blog memang tak dapat disangkal. Mesti ada yang cakap Lahhhh.. pasal diri sendiri malas pun nak cerita kan. Takpe,, I yakin bakal mak mentua tak baca blog I. Lullss..


So berbalik pasal malas tadi, kemalasan I tu sangat la tahap tak hengat dunia. Sampai kadang-kadang rasa macam setiap benda rajin yang dibuat tu semuanya berpunca dari malas.


Salah satunya, iron baju. I ni spesis iron baju seminggu terus. Bukan sebab rajin tapi sebab malas. Malas nak iron hari-hari. Lagipun boleh jimat eletrik kan? Hihi


Then, kemas barang. Hakikatnya I bukan lah spesis rajin mengemas cuma malas nak kemas kalau barang dah bersepah. So, mengemas untuk mengelakkan dari bersepah adalah lebih baik dari mengemas apabila bersepah.


Next,, memasak. Rajin memasak dan pandai memasak tu memang bukan I. Tapi, I rajin makan. So nak taknak kena la masak sebab nak makan. Biasa dekat rumah la jadi macam ni. Senang semua bahan-bahan dah ada. Tinggal nak apply resepi campak-campak je. Haah, I memang spesis derhaka resepi. Lullss. yang penting rasa dia sama.


Cakap pasal memasak ni, banyak benda nak cerita sebenarnya. Kat sini pun dah pernah cerita sikit pasal memasak ni. Nah ambik link ni. [LINK]. I tak ingat bila mula masak ni maybe darjah 4 or darjah 5. Sebelum tu takat goreng telur dengan masak maggi, potong bawang, potong sayur dan goreng ikan dengan tudung periuk di tangan.


Yang paling ingat masa mula-mula memasak tu asyik dok ulang resepi yang sama. Telur pedas dengan ayam masak merah. Lepas tu baru la start belajar benda lain sebab malas makan benda yang sama. Seeeee, sebab malas ye. Tapikan...to be honest sampai sekarang masak western tak sedap. Hahahahahha. Dah pehal tetiba melalut ke western pulak ni hmm...


I mula suka masak-masak ni sebab dulu ada pernah tengok satu cerita ni. Tak ingat tajuk dia. Cerita dia tentang seorang tukang masak yang still baru dalam bidang ni, tapi ada deria rasa yang hebat. Bila dia rasa makanan, dia boleh tahu apa yang kurang dalam makanan tu. Cool kan?


Lepas tu, kalau dia cipta resepi baru dan dia rasa resepi tu macam tak cukup bahan, dia akan rasa semua bahan-bahan yang berkemungkinan boleh dimasukkan dalam resepi baru. Contohnya macam daun kesum dan daun sup- dia akan kunyah dan fikir sesuai tak rasa daun-daun ni untuk combine dengan resepi baru dia. Contoh tu i reka sendiri la, tak ingat dalam tv dulu bahan apa yang dia kunyah.


Bila dah tengok cerita tu, kekonon berangan la nak jadi macam tukang masak tu. So sampai sekarang I ada habit fikir apa yang kurang dalam makanan bila makan.




Hmmm..cerita pasal malas ni tetiba rasa malas nak sambung post ni lagi. Lagipun I malas nak ingat apa lagi benda 'rajin' yang I buat sebab malas. So boleh I stop sekarang? Hihi



Beeeboo :)

Tahap kemalasan, :p Muhun jangan cuba di rumah.




Terima kasih sebab tak malas baca post tentang malas. :)





Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.