Sesat


Assalamualaikum



Akan ada satu ketika,
Kau rasa hilang punca,
Hilang bahagia,
Hilang segalanya.
Yang ada cuma nyawa,
Dan jasad semata.
Hidup tanpa makna.



Bagai orang dungu,
Kau hanya duduk di situ,
Memeluk lutut yang menopang dagu,
Merenung kosong dinding dan bucu,
Kau terkurung dalam bilik yang tidak dikunci pintu,
Kau tahu apa bilik itu?
Itu zon selesamu, dulu.




Termenung,
Kau rasa kau hilang sesuatu,
Namun apa yang hilang itu tidak kau tahu,
Kau cuba cari di segenap penjuru,
Sia-sia usahamu,
Tidak kau jumpa apa-apa walau setitik debu,
Lalu kau tekad untuk maju,
Kau bangun dan keluar dari bilik itu.




Kau tolak pintu dan mulakan perjalanan,
Di atas jalan kehidupan,
Kau keseorangan,
Tiada apa di kiri dan kanan
Compang camping baju tak kau hiraukan,
Walau hanya gelap di hadapan,
Berkaki ayam namun kau terus berjalan,
Kehausan,
Kelaparan,
Kepenatan.
Namun kau gagahkan.
Hingga tiba di persimpangan.
Kau tahu kau harus buat pilihan.





Kau buntu. 
Di persimpangan lorong itu,
Kaki kau kaku.
"Mana yang harus aku tuju?"
Apa di depan kau tidak tahu,
Rasa takut menyelubungi kalbu.


Lalu hati berbicara,
"Patutkah aku undur semula?"
Kau tahu dengan nyata,
Undur bermakna kau akan terkurung semula,
Undur bermakna kau akan merasa sakit yang sama.
Undur bermakna kau akan kembali ke luka lama,
Yang kini hampir pulih seperti sediakala,
Namun parut pastinya ada.


"TIDAK! Tidak mungkin aku undur semula!"


Hatimu membuat keputusan,
Undur bukan pilihan,
Namun maju ke hadapan kau enggan,
Terduduk kau tersedan-sedan,
Terbaring keletihan,
Kau kesat air mata bercucuran,
Dan tika itu kau nampak awan.


Ternaik sedikit hujung bibirmu,
Dan air matamu turun lebih laju,
"Ah, bodohnya aku."


Ya,
Kau 'lupa pandang atas',
Sibuk dengan dunia,
Selesa dengan bahagia,
Kau lupa Dia.







Sesat,
Bukan sebab tiada peta,
Bukan sebab tiada jalan depan mata, 
Tapi sebab tinggal Pencipta,
Lupa destinasi sepatutnya.






Till then.
Muhun tembak doa. :)



Credit pic: Google and Tumblr




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.