Metanoia




“Weh, kau dah berubah.”


Aku rasa hidup tu adalah satu perjalanan menempuh perubahan. Dalam kehidupan pun, kita ada beberapa fasa – bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Fasa kehidupan tersebut  berubah apabila sampai waktunya. Cara kita berfikir, cara kita membawa diri, perspektif dan pandangan kita terhadap sesuatu takkan kekal sama selamanya. Dulu rumah teres, sekarang rumah banglo. Dulu makan gaji, sekarang bisnes sendiri.

Kehidupan kita berubah sentiasa.
Hidup sentiasa merubah kita.
Nampak sama tetapi berbeza.
Hidup dan berubah itu sinonim - itu yang aku nak kata.

“Pengalaman mengajar kita. “


Aku rasa berubah itu perkara biasa. Bila hidup banyak dugaan dan cabaran, kau jatuh berkecai walau luaran masih sempurna. Walau kau cuba sorokkan tangisan dalam senyuman, retak dalam tak mungkin mampu disebunyikan. Bila kau cuba untuk bangkit semula, kau kutip kembali diri serpihan diri yang berkecai, cuba disambung setiap kepingan tapi mana mungkin susunannya sama seperti asal. Umpama cermin jatuh  ke lantai, disambung semula retaknya masih ada. Seperti kertas yang digumpal, mana mungkin hilang kedutnya.  Parut dan retak itu tanda kita pernah terjatuh dan terluka. Tanda kenangan yang ditinggalkan setelah kita bangkit semula. Bukti apa yang tidak membunuh itu menguatkan kita. Namun, tak semua faham retak dan parut itu mengubah kita.





Pedulikan apa mereka kata. Asal kau tahu kau berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Kasut manusia tak sama. Jalan hidup setiap orang itu berbeza.  Hanya orang menempuh yang faham derita. Yang jadi spectator itu tak dikira. Lagipun, bila kita tahu Allah ada, jalan yang berliku itu jadi berbunga.





Dan apa pun perubahan yang kita lakukan, pilihlah bahagia. Tetapi, pastikan bahagia itu bukan berdasarkan neraca manusia. Tapi Dia.



Muhun tembak doa. Semoga yang terbaik milik kita.




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.